ELEKTRIK

Elektrik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kilat menyambar di kala hujan lebat pada waktu malam. Tenaga tersebar dalam bentuk cahayaapabila aliran arus elektrik yang kuat mengalir menerusi atmosfera Bumi.

Elektrik ialah istilah am bagi sebilangan jenis fenomena yang terhasil akibat kewujudan dan aliran cas elektrik. Bersama-sama dengan kemagnetan, ia membentuk saling tindak asas yang dikenali sebagai keelektromagnetan. Ia meliputi kebanyakan fenomena fizikal yang biasa dijumpai seperti kilatmedan elektrik dan arus elektrik. Elektrik juga digunakan dalam bidang perindustrian seperti elektronik dan kuasa elektrik.

No comments:

Post a Comment